Saturday, April 26, 2008

CARA MEMERIKSA PAYUDARA

CARA PEMERIKSAAN TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA
Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring
Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
DAPATKAN PENGESAHAN HOSPITAL DAN ANDA MUNGKIN MEMERLUKAN RAWATAN DARI PERUBATAN TRADISIONAL TUKIMAN JIKA ADANYA:-
Sebarang gumpalan.
Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
Puting tersorot ke dalam.
Terasa sakit pada payudara.

No comments: